Bertempat di Bera Waterfront iaitu pada 27hb Disember 2011, bermula jam 4.00 hingga 6.00 pm dan bersambung selepas solat Isya' beberapa buah gerai akan memulakan operasi di Dataran Santai. antara gerai yang dijangka mengambil bahagian ialah gerai minuman panas dan sejuk, gerai sate, gerai burger dan gerai masakan panas.
Makluman dari sumber, InsyaAllah akan ada 12 meja yang akan disediakan untuk menampung jumlah pengunjung yang datang.
YB Adun Guai En. Norul Azali dijadualkan akan turut berada di lokasi pada petang hari tersebut.
Bersama kita memeriahkannya.
Majulah Kampungku.
Wednesday, 14 December 2011
Monday, 24 October 2011
Bersama Membanteras Jenayah
Beberapa kejadian jenayah telah direkodkan berlaku di dalam kawasan Kampung Mengkarak sehingga bulan Oktober tahun ini. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kecurian getah
2. kecurian kabel telefon
3. Kecurian Motorsikal di luar pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak
Bagi mengatasi masalah kecurian getah, langkah-langkah berikut perlu untuk kita ambil perhatian.
i) Pembeli getah memberi kerjasama dengan tidak pergi mengambil getah di dalam kebun dan penjual getah handaklah pergi sendiri membawa getah mereka kepada pembeli getah.
ii) Memerhatikan mana-mana individu yang tidak menoreh tapi ada menjual getah boleh menjadi suspek kepada kejadian kecurian getah.
iii) Memerhatikan mana-mana individu yang kebun getahnya tidak seberapa tapi menghasilkan hasil yang di luar dugaan. LAPORKAN KEPADA POLIS.
Kecurian kabel telefon di daerah Bera dilaporkan melibatkan kerugian lebih dari RM4 juta. Hasil kerjasama orang kampung dan penduduk setempat, usaha menangkap para pencuri ini akan dapat dilakukan. Masyarakat perlu peka pada perkara berikut:
i) Aktiviti secara individu atau berkumpulan di tiang-tiang kabel telefon pada waktu malam tanpa memakai pengenalan yang biasanya dapat kita lihat pada kontraktor-kontraktor TM.
ii) Adanya motorsikal atau kenderaan lain yang kelihatan mencurigakan di tempat sunyi yang ada kabel telefon. Segera ambil nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan laporkan kepada pihak berwajib.
Bagi mengelakkan kejadian kecurian motorsikal diluar kawasan sekolah, adalah dinasihatkan kepada pelajar2 yang memandu motorsikal untuk memarkir motorsikal mereka di dalam kawasan yang disediakan.
KESELAMATAN DESA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Friday, 14 October 2011
MENGKARAK WATERFRONT
Mengkarak Waterfront yang terletak di Kampung Mengkarak ini merupakan sebuah tempat perhentian yang menarik. Ianya diletakkan di bawah kelolaan Majlis Daerah Bera. Bagi AJK JKKK Kg. Mengkarak, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi menjadikan tempat ini lebih menarik dan menjadi tumpuan ramai. Tuan Pengerusi JKKK Kg. Mengkarak telah pun menemui pegawai yang berkenaan dan telah diberikan jawapan pasti bahawa pihak majlis telah pun mempunyai perancangan untuk tempat ini. Semoga kampung kita ini terus membangun.
beginilah sebahagian pemandangan yang dapat kita lihat dari MENGKARAK WATERFRONT.

Thursday, 29 September 2011
AHLI JAWATANKUASA
Berikut merupakan senarai AJK JKKK Kg. Mengkarak bagi tahun 2011. Kepada penduduk kampung, bolehlah bertemu dengan AJK yang berkenaan untuk mengadukan hal-hal yang berkaitan.
Wednesday, 28 September 2011
Tuesday, 27 September 2011
JAMUAN RAYA 2011
Pengerusi dan AJK JKKK Kg. Mengkarak menjemput dan mengalu-alukan kehadiran seluruh warga kg. Mengkarak ke Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Kg. Mengkarak.
TARIKH:
28 SEPTEMBER 2011 / 30 SYAWAL 1432 H
MASA :
3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT :
PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG MENGKARAK
MENU UTAMA:
LEMANG
Dijemput Semua Warga Kampung Mengkarak untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
ahlan wasahlan wamarhaban bikum...
Monday, 26 September 2011
Makluman dari Pegawai JKR daerah Bera
Maklumat yang berikut diperolehi daripada En. Fazil yang mewakili Pegawai JKR Daerah Bera pada mesyuarat AJK yang lalu. Antara perkara yang telah dinyatakan oleh En. Fazil ialah mengenai penyelenggaraan jalan PLB dan Jalan Perhubungan Desa. menurut En. Fazil mana-mana jalan PLB adalah di bawah tanggungjawab Majlis Daerah manakala JKR hanya bertanggungjawab terhadap Jalan Perhubungan Desa yang mana pembinaannya bermula dari tahun 2004. Dimaklumkan juga bahawa peruntukan yang biasanya diberi adalah untuk jarak 300 meter.
bagi Laluan Persekutuan (jalan utama) penyelenggaraannya adalah dibawah Roadcare.
mana-mana kerosakan yang diakibatkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan paip oleh JBA, maka kerosakan itu adalah tanggungjawab JBA untuk menyelesaikannya.
Mengkarak Waterfront... adalah dibawah bidang kuasa Majlis Daerah Bera.
sekian dimaklumkan.

Monday, 19 September 2011
OGOS 2011
Pengerusi JKKK Mengkarak telah memaklumkan tentang projek-projek yang telah dijalankan di Kampung Mengkarak. Antara projek-projek tersebut ialah:
1) Projek Perumahan PPRT - En. Ahmad bin Isa.
2) Projek Baik pulih Rumah - En. Yusof bin Saman dan Puan Mariam
3) Projek JPS Daerah Bera - membersihkan Kuala Paya Padang dan Kuala Sungai Mengkarak.
Pengerusi juga turut memaklumkan mengenai agihan zakat daripada Bank Rakyat yang telahpun diadakan pada 13 Ogos 2011 yang lalu.

Friday, 12 August 2011
Desa Mengkarak 1
assalamualaikum w.b.t,
selamat datang ke laman blog desa mengkarak. adalah diharapkan dengan kewujudan laman blog ini dapat menghubungkan masyarakat desa dengan maklumat-maklumat terkini yang berlaku di sekitar desa.
diharapkan dengan kewujudannya juga, para penduduk dapat menyalurkan buah fikiran untuk sama-sama mensejahterakan desa tercinta.
segala kemusykilan bolehlah di emelkan ke desamengkarak@gmail.com

Subscribe to:
Posts (Atom)