Thursday, 20 September 2012

Jamuan Raya 2012

Jamuan Aidilfitri JKKK Kg. Mengkarak telah diadakan pada 9 September 2012 bersamaan dengan 22 Syawal 1433H dari pikul 2.00 - 4.00 petang.
Antara hidangan yang disediakan pada majlis tersebut ialah lemang, kari daging, tapai pulut, nasi himpit kuah kacang, laksa, agar-agar dan beberapa jenis air.
Pihak JKKK Kg. Mengkarak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kg. Mengkarak yang telah sudi hadir pada majlis tersebut.



 YB ADUN Guai En.Norol Azali Sulaiman turut hadir meraikan majlis yang dianjurkan.

Sunday, 22 April 2012

Sepetang Bersama YB Dato' Seri Ismail Sabri

ketibaan YB pada jam 5.15 ptg
 Bertempat di Dataran Santai, Bera Waterfront pada 21hb April 2012 Kelas Bina Insan KEMAS Kg. Mengkarak telah mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Ahli Parlimen Bera. Pada majlis tersebut seramai 40 orang ahli KBIK Kg. Mengkarak dan penduduk kampung telah hadir.
memerhati pelaksanaan pembinaan surau dan tandas di Dataran Santai
 YB Ahli Parlimen telah meluangkan masa hampir dua jam bersama ahli KBIK dan penduduk kampung. Dalam satu majlis ringkas, YB Dato' Seri Ismail Sabri telah menyampaikan sumbangan pakaian kepada ahli KBIK Kg. Mengkarak.


 Selepas majlis ringkas tersebut, YB Ahli Parlimen meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan di gerai-gerai yang terdapat di Dataran Santai.
YB sedang melayan karenah kanak-kanak yang sedang menikmati laicikang

 Selesai beramah mesra dengan penduduk dan peniaga di Dataran Santai, YB Dato' Seri turut melawat Setiausaha JKKK Kg. Mengkarak, En. Shariff Sulaiman yang baru keluar dari hospital.
Di penghujung pertemuan, YB Dato' Seri Ismail Sabri turut berkunjung ke rumah Tok Guru Lebai Kassim.